Monday 5 December 2011

Paksi simetri




         Pernahkah anda melihat wajah harimau secara dekat? Pastinya ramai yang beranggapan harimau merupakan binatang yang menakutkan. Apa yang menyebabkan ia sangat menakutkan? Apabila anda melihat harimau dari pelbagai arah,anda akan mendapati bahawa pandangan wajah harimau adalah paling menakutkan. Secara asasnya wajah harimau mempamerkan simetri cermin di mana bahagian kiri mukanya adalah pantulan kepada bahagian muka kanannya.

          Bukan sahaja harimau, malah kebanyakan kejadian alam dan persekitaran akan mengikut Hukum simetri. Simetri merupakan suatu ciri dalam bidang geometri
, persamaan dan objek lainnya. Kita dapat katakan bahawa objek yang simetri akan mematuhi hukum simetri, ketika diperlakukan ke objek yang tidak akan muncul perubahan.
          Terdapat pelbagai jenis hukum simetri yang wujud di persekitaran kita, terutamanya pantulan (reflection), putaran (rotation), translasi (translation) dan pantulan meluncur (glide reflection).

Pantulan (reflection)
Kita sering berhadapan dengan hukum simetri yang pantulan. Dengan kata lain ia juga seolah-olah seperti mencerminkan sesuatu objek pada suatu garis tengah yang dianggapkan sebagai cermin. Contohnya seperti gambar rama-rama.

Putaran (rotation)
Hukum simetri yang putaran juga selalu boleh ditemui dalam alam sekitar. Contohnya kepingan salji yang berputar 60, 120, 240, 300, atau 360 darjah pada suatu paksi yang melalui pusatnya (berserenjang dengan permukaannya). Suatu bulatan diputarkan melalui mana-mana sudut dari pusat (berserenjang) paksi tidak akan berubah.

Translasi (translation)
Translasi pula merupakan hukum simetri yang mengubah objek dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan berpandukan vektor. Contoh-contohnya seperti ukiran-ukiran yang klasik, lipan juga mempamerkan hukum simetri translasi.



Pantulan meluncur (glide reflection)
Contoh yang paling sesuai bagi simetri pantulan meluncur adalah tapak kaki




           Terdapat lagi pelbagai simetri yang lebih rumit, di mana kebanyakan bentuk tersebut adalah terbitan daripada hukum-hukum simetri yang asas.

No comments:

Post a Comment